Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Tips & Tricks

Tip Anak Bersiap Cepat Ke Sekolah Setiap Hari Tanpa Mengada-Ngada di Awal Pagi

urus anak ke sekolah

Apabila anak dah mula bersekolah (termasuk tadika/nurseri), salah satu cabaran utama ibu bapa ialah untuk menyiapkan anak-anak secepat mungkin setiap hari (dengan harapan anak-anak takkan mengada-ngada).

Tips yang bakal KakLin kongsikan ini sangat membantu memudahkan rutin pagi menjadi lebih smooth dan dapat dikawal tanpa esak tangis anak-anak. Sangat sesuai untuk parents yang bekerja.

[Nota: KakLin & suami bekerja dari rumah. Anak-anak berusia 3 – 10 tahun *ketika artikel ini ditulis]

Walaupun kami suami isteri bekerja dari rumah, tapi kami bangun awal pagi setiap hari tau :p Sebab kena jadi supir anak-anak dan kena jadi chef masak bekal anak-anak syurga ni.

Jadi, ini antara tips yang kami amalkan.

1) Tidur Awal Sebagai Rutin
(Baca: Tips Anak Tidur di Bilik Sendiri &  Tidur Awal Setiap Malam)

Disiplinkan anak-anak untuk tidur awal setiap malam semasa weekdaysWeekend boleh tidur lambat sikit melainkan keesokan hari ada aktiviti yang perlu keluar awal dari rumah. Apabila anak-anak dah jadikan amalan tidur awal ni sebagai rutin, secara automatik mereka akan bersiap untuk tidur pada waktu yang telah ditetapkan.

Jadi esok pagi mereka akan bangun dengan segar dan mood yang baik.

2) Sediakan Semua Keperluan Sebelum Tidur

Sekiranya anak anda bersekolah, pastikan kesemua baju sekolah telah siap digosok, buku telah disusun mengikut jadual, botol air telah siap diisi dan sebagainya. Jangan lupa kerja sekolah juga perlu siap sebelum tidur malam.

Jadi bila semua dah ready, mereka dapat menguruskan diri tanpa masalah. Jadi takde la insiden nangis-nangis sebab tak jumpa sebelah stokin ke.. atau kelam kabut susun buku ke.. dan sebagainya. Yang penting, mood anak-anak tu tak spoil. Bak kata Dr Azizan, aura kena positif gittew.. 😀

3) Bangun, Solat, Mandi, Breakfast

Ajar anak untuk mandi sendiri bermula umur 4 tahun. Anak yang sudah biasa dengan rutin yang sama akan mudah untuk lakukan kesemua yang disebutkan di atas tanpa banyak songeh. Mereka tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu kita arahkan setiap pagi. Dalam masa yang sama kita juga boleh menguruskan keperluan diri sendiri tanpa perlu terpaksa memandikan mereka, memakaikan baju dan sebagainya (anda cuma perlu fokus pada anak-anak yang lebih kecil)

Yakin dan beri kepercayaan kepada anak-anak untuk menguruskan diri sendiri. Mungkin ada yang tak percaya anak berusia 4 tahun sudah mampu untuk mandi sendiri – tapi ya, anak KakLin memang mandi sendiri semenjak usia 4 tahun. Tapi masa awal-awal tu kita kene kerap pantau, insyaAllah lama-kelamaan tiada masalah.


4) Sediakan Sarapan Yang Simple Tapi Mengenyangkan

sarapan pagi anak-anak

Sarapan sangat penting untuk anak-anak sebab ia akan memberikan tenaga kepada anak-anak untuk kekal fokus semasa belajar. Lagipun kita taknak anak-anak menahan lapar sepanjang pagi sebelum masa rehat tiba.

Sediakan sarapan yang ringkas & berkhasiat tetapi mengenyangkan. Contohnya, susu segar + bijiran, roti + jem ataupun yang paling mudah dan ringkas disediakan Meal Shakes + susu segar. (Ehem, yang ini memang febret anak-anak KakLin. Sebab bau vanillanya sangat wangi dan rasanya sangat sedap & creamy).

Selain senang disediakan, kesemua sarapan ini boleh disediakan sendiri oleh anak-anak yang lebih besar. Mudah kan?


5) Rancang Menu Bekal Anak Lebih Awal

Yang ini mak-mak kene fikir lebih awal untuk menu anak-anak ke sekolah. Sebabnya bila plan lebih awal, kita dapat sediakan semua bahan-bahan yang perlu dimasak di awal pagi tu lebih awal. Jadi pagi tu cepat je nak masak kan. Jimat masa di situ.

Kalau kekeringan idea mungkin boleh tanya anak-anak nak makan apa. Jadi win-win  situation gitu – mak dapat idea, anak-anak pula tak sabar nak makan lunchbox mereka. 😀

6) Salam, Peluk, Cium, Senyum & Doa

doa keluar rumah


Hantar anak ke muka pintu dengan senyuman dan sebelum berpisah pastikan bersalaman, memeluk anak dan cium anak (kalau anak lelaki mungkin anak akan segan jadi cukup dengan pelukan je).

Biasakan anak membaca doa keluar rumah ini:

doa keluar rumah

“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan kehendak Allah”.

Kita berpisah dengan anak-anak pagi tu masing-masing dengan hati yang tenang & perasaan yang gembira. Jadikan rutin pagi sesuatu yang menyeronokkan supaya anak-anak tak rasa pun rutin pagi tu sesuatu yang ‘membebankan’ atau ‘aktiviti yang tak best’.

Mudah-mudahan tips ini membantu ya! 😀

sweetbonda

 

Artikel berkaitan

13 Comments

  • Reply MamaBard

    tahun depan bermula la rutin ni..cepat anak dah masuk tadika tahun depan..
    MamaBard baru menulis mengenai…5 Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Dan Pasangan Perlu TahuMy Profile

    23 July 2015 at 9:56 pm
  • Reply syuhada

    Mmg best kalau uruskan anak bgn pagi tanpa bnyk songeh…haha…

    Alhamdulillah zuhayr skrg bgn mandi pagi takde bnyk kerenah dah… 🙂

    23 July 2015 at 10:21 pm
  • Reply Riza Afzan Asri

    menarik ni…dh la tahun ni tahun pertama anak yang sulung start sekolah..memang sangat mencabar 🙂
    Riza Afzan Asri baru menulis mengenai…Detoks Tubuh Secara Alami Menggunakan Infused Water Agar Tubuh Lebih BertenagaMy Profile

    23 July 2015 at 11:29 pm
  • Reply Ida Chalo

    Mau praktis tips2 mu ni tau, c yusuff sekarang macam2 alasan xmau pigi skolah kalau pagi. Siap cakap dia mau p skolah ‘jarang2 je’.huhu
    Ida Chalo baru menulis mengenai…Ketahui Cara Yang Tepat Untuk Menghilangkan Buncit Perut Selepas BersalinMy Profile

    26 July 2015 at 11:58 pm
  • Reply #AbangMunz

    hah! mesti cuba tips ni, kadang-kadang rajin sangat anak-anak bab nak pegi sekolah alasan kemain lagi berjela
    #AbangMunz baru menulis mengenai…Review Tree Steak House Sungai Buloh Western Food Di SelangorMy Profile

    27 July 2015 at 10:03 pm
  • Reply Azwans

    Sebagai ibu bapa muda yang beranak kecil (belum sekolah rendah), memang setiap pagi adalah satu cabaran. Bermula dari nak memujuk anak tidur pada malam sebelumnya hinggalah memandukan dan menghantar ke sekolah. Tambahan pula, semua ini perlu dilakukan dengan mengejar masa untuk kepejabat. Terima kasih atas tips di atas.
    Azwans baru menulis mengenai…Vision board itu apa? Kenapa perlu ada?My Profile

    28 July 2015 at 9:26 pm
  • Reply alizal

    Kesian dan sedih tengok jiran-jiran sekeliling…. setiap pagi anak menangis dan melalak taknak g sekolah/taska
    alizal baru menulis mengenai…5 Tips Mudah Atasi Masalah Sinki Dan Paip Tersumbat Tanpa Bantuan SuamiMy Profile

    1 August 2015 at 10:38 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Buat apa tu? :)