Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Resepi

Sup Ikan Merah Mudah & Sedap

Resepi Sup Ikan Merah

Hari ni nak masak lauk apa? Dah ada idea belum? Kalau belum jom masak Sup Ikan Merah. Ini antara lauk favourite manusia di rumah ini. Anak-anak memang suka sangat apa je masakan sup-sup ni. Maknya pun suka sebab senang sangat nak masak ni tau. Bahan-bahan pun tak banyak. Pendek kata, mudah dimasak, sedap dimakan, berkhasiat lagi. Pakej gitu 😀

Resepi Berpantang

Sup Ikan Merah ni pun selain sesuai untuk anak-anak makan (orang tua pun suka juga kan), juga sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tengah berpantang. Dalam sup ni ada gunakan halia. Halia memang sangat elok untuk ibu yang tengah berpantang. Membantu ibu buang angin dalam badan. Lagipun ikan tu protien. Protien sangat penting dalam membantu membina sel-sel yang baru dan sihat. Jadi luka-luka dalaman, luka episotomi cepat sembuh. Boleh tambah lada hitam yang ditumbuk kasar kalau mahu. KakLin kalau makan sup ni masa pantang berpeluh-peluh dan rasa macam nak bertambah nasi tu 😀

Sup Ikan Sedap

Sup Ikan Merah
Author: LinChalo
Ingredients
  • [b]Bahan Kisar[/b]
  • 2 Inci Halia
  • 1 Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • [b]Bahan-bahan Lain[/b]
  • Ikan Merah (Terpulang nak berapa keping)
  • 1 Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 Biji Tomato – Belah 4
  • 1/2 Batang Lobak – Potong bulat (Boleh Tambah Jika Mahu)
  • 1.5 Liter Air
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Secukup Rasa
  • Sedikit Minyak
  • [b]Bahan Hiasan & Penaik Aroma[/b]
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
Instructions
  1. Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau
  2. Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk
  4. Masukkan garam dan secukup rasa
  5. Masukkan ikan satu persatu & tomato
  6. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
  7. Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng

 Hidangan ni kan, juga sangat sesuai kita masak untuk menu berbuka puasa. Satu, sebab sepanjang hari kita dah kekurangan air, so lauk yang berasaskan sup memang sangat digalakkan. Kedua, sebab mudah sangat nak sediakan. Tak ambik masa yang lama pun.

So, jangan lupa cuba resepi ni ya. 😀

Artikel berkaitan

6 Comments

  • Reply Kakda

    Tq keklin. Harini sy nak masak sup ikan merah. Aummm…

    23 January 2017 at 11:29 am
  • Reply Nida

    Ikan lain pun sodap kan. Malam ni mau masak. Nak bagi anak anak kat jagaan di sekolah eaok. Tapi bukan ikan merah. Ta tau ikan apa😂

    Tq resepinya kak.

    3 May 2017 at 6:30 pm
    • Reply LinChalo

      Welkam Nid. Memang sedap ni sup ikan kan 😀

      5 July 2018 at 3:16 pm
  • Reply Miera

    Look yummy.. Selalu masak sup ikan letak kicap cair jer.. nie first time tgk ade letak kayu manis semua.. nak kene try nie..

    Jemput lawat blog Mira juga yer..
    http://www.jomhidupsihat.com

    10 January 2018 at 1:14 pm
  • Reply Kakma

    Sedapnya.. nak masam hari ni.. ada beli 2 ptong ikam merah td kat pasar pagi..thanks kak lin

    8 April 2018 at 12:57 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error: Buat apa tu? :)