Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Resepi

Smoothie Mangga Berkhasiat Untuk Anak-Anak

jus berkhasiat untuk anak-anak

 

 

minuman kanak-kanak berkhasiat

Selalunya parents akan berikan jus buah untuk anak-anak. Tapi smoothie juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana mengandungi serat yang sangat baik untuk sistem pencernaan. Kalau anak-anak sembelit, smoothie buah memang sangat membantu.

Biasanya, smoothie lebih pekat daripada jus sebab buah akan diblend sekali dengan ice cube. Lepas tu akan mix sekali dengan susu (pastikan rendah lemak) ataupun yogurt.

minuman kanak-kanak berkhasiat

Macam KakLin, smoothie memang kegemaran anak-anak dalam rumah ni (mak pak pun sekali :p). KakLin memang jarang bagi dorang minum air kordial. Lebih prefer buat smoothie ataupun jus buah-buahan sebenar. Lebih kick! (dan semestinya lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya).

Khasiat Smoothie Mangga

1- Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

– Dalam smoothie ni ada Vitamin C, Vitamin A dan juga Karotenoid. Gabungan ketiga-tiga ni boleh membantu meningkatkan imunisasi badan.

2. Melancarkan Pencernaan

– Smoothie mangga ni sebenanrnya sangat bagus dalam membantu melancarkan sistem pencernaan kita. Jadi kalau anak anda terkena sembelit, boleh try bagi smoothie mangga ni.

3. Mengatasi Mata Kering

Dalam smoothie mangga ni ada Vitamin A & Karotenoid. Memang sangat bagus untuk mata kita.

4. Membantu Mengatasi Anemia

Dalam buah mangga terdapat zat besi yang sangat penting dalam membantu mengatasi Anemia. Jadi kalau anda tengah hamil, mungkin boleh mencuba meminum segelas jus/smoothie mangga setiap hari.

5. Menjaga Tekanan Darah

Smoothie mangga mengandung nutrisi yang penting iaitu kalium. Nutrisi ini sangat penting untuk membantu otot-otot, jantung dan saraf. Kalium juga sangat penting untuk mengatur keseimbangan cairan dalam tubuh dan tekanan darah.

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan buah mangga ni. Jadi, kalau rasa nak mencuba minuman yang berkhasiat mungkin boleh consider buah mangga ni.

resepi mealshakes
Dalam Shaklee, ada 1 multivitamin berbentuk serbuk (minuman) yang memang sangat bagus untuk kanak-kanak. Namanya Meal Shakes. Meal Shakes ni KakLin suka sangat sebab 1st tu khasiatnya. Nama pun multivitamin kan, anak-anak dapat dioptimumkan kesihatannya. Baunya sangat wangi – wangi Vanilla. Dan KakLin suka juga sebab Meal Shakes membantu tingkatkan selera makan (terutamanya selepas sembuh dari sakit). No wonder la budak-budak ‘ketagih’ dengan Meal Shakes ni tau 😀

mealshakes shaklee
Okay sambung balik, untuk Smoothie Mangga ni, cuma perlukan beberpa bahan je. Ala.. KakLin percaya korang pun dah biasa buat ni kennnn. 😀

Kita cuma perlukan mangga, susu low fat, ice cube je. Memang takde gula. Dalam kes KakLin, akak tambah Meal Shakes untuk bagi rasa creamy dan manis. Dan ofkos la sebab mineral dan vitamin yang terkandung dalam Meal Shakes ni.

minuman kanak-kanak berkhasiat

Smoothie Mangga Berkhasiat Untuk Anak-Anak
Author: LinChalo
Ingredients
  • 2 – 3 biji mangga
  • 500 ml Susu [i]Dutch Lady (Low Fat)[/i]
  • 250 ml air masak
  • 6 sudu kecil Meal Shakes
  • [i]Ice cube[/i] (mengikut kesukaan)
Instructions
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam [i]blender[/i]
  2. [i]Blend[/i] sehingga sebati
  3. Hidangkan

Mudah sangat kan. Tiap-tiap ari minum smoothie mangga ni pun boleh 😀
By the way, untuk buah tu boleh tukar dengan buah-buah lain. Kalau macam KakLin, KakLin suka buat dengan buah Avocado. Fefeling minum Jus Alpukat di Wong Solo 😛

So, selamat mencuba! 😀

sweetbonda
  

Artikel berkaitan

2 Comments

  • Reply Najihah Abdul Mutalib

    sedapnya..akak suka sgt mangga ni..boleh try nanti.
    Najihah Abdul Mutalib baru menulis mengenai…Shaklee Hand Dish Wash Pencuci Pinggan Untuk Mereka Yang Alergik Bahan KimiaMy Profile

    19 August 2015 at 12:01 am
  • Reply LinChalo

    Sedap kak, antara febret kami ni 😀
    LinChalo baru menulis mengenai…Melegakan Kembung Perut & Mengelak Sembelit Dengan Cara SelamatMy Profile

    19 August 2015 at 12:25 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error: Buat apa tu? :)