Lin Chalo
Momster | MommyPreneur | MomBlogRapher
15. 12. 2014

Bismillah.

Seperti yang dirancang cuti kali ini, kami memang hantar anak-anak kami ke Program Cuti Sekolah (AMPAC). Satu perkataan untuk describe semua ni – OSEM!

Sebelum diriku berceloteh panjang, nak cerita dulu serba ringkas apakah AMPAC ini sebenarnya.

Baeklah, saya baru tahu pasal AMPAC ni semasa sibuk gugel sana sini dengan menggunakan keyword “Program cuti sekolah untuk anak-anak”. Maka salah satu result carian adalah “Program Cuti Sekolah – AMPAC”Setelah buat pembacaan dengan penuh minat, maka mak yang ala-ala pengasih dan penyayang ni terus tangkap cintan dengan program ni. Apa yang best sangat tu sila la baca sendiri ye. Dah kasik link kan tadi. *Haha.

Program Cuti Sekolah (PCS) ni ada 3 kumpulan. Mulanya memang berniat nak hantar anak-anak ikut kumpulan yang pertama tu. Tapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Si Myra demam pula beberapa hari sebelum PCS bermula. Maka kami pun decide untuk joinkan anak-anak syurga ni ke kumpulan yang kedua.

Dalam PCS ni sebenarnya ada 3 benda yang dorang tekankan. 

1. English Zone

– Dalam program ni memang abang-abang dan kakak-kakak fasi akan menekankan mengenai penggunaan BI. Sampaikan kat rumah pun anak-anak kene cakap BI dengan parents. Siap ada workbook lagi tau. Dah siap tugasan parents kena sain pula. Pastu kene komen sepatah dua kata. Bagi la komen yang positif dan gunalah perkataan yang bombastik dan sedap didengar. Macam.. Awesome! Great Job! Well Done! – Gitu la lebih kurang. Maka si anak memang akan tersenyum sampai telinga. Dan oh ya, salah seorang abang fasi dalam PCS ni memang tak pandai cakap BM walau sepatah habuk pun. Sebab dia lahir dan stay kat Aussie. Jadinya, kesemua anak-anak ini akan cuba sedaya upaya berkomunikasi dengan si abang fasi ni dengan menggunakan BI. *Boleh pula cakap BI bila terpaksa kan. Sekali masa closing ceremony barulah terbongkar rahsia rupa-rupanya itu semua lakonan semata-mata. *Haha. Kiut sangat kan.

2. Misi Bijak Berbicara

– Oh.. Yang ini saya memang salute giler dengan anak-anak kecil ni. Sepanjang 5 hari program ni, kesemua anak-anak ini (berumur dari 7 – 17 tahun) akan diajar berpidato. Bukan pidato biasa-biasa tau.. Siap dengan ekspresi muka yang meyakinkan, intonasi suara yang mengakumkan dan keberanian yang luar biasa. Last day tu anak-anak ini akan buat persembahan sorang-sorang atas stage dan parents boleh datang tengok. *Whoa

3. Brilliant Students’ SKill

– Aktiviti yang ketiga ini lebih kepada aktiviti games yang kreatif yang mana menggunakan otak kiri dan kanan. Bahasa mudahnya macam untuk menajamkan dan membina kekuatan minda. *Kellasss kan. Maksudnya selain IQ yang hebat perlu juga EQ yang cerdas.

So, apa yang saya nampak kesan PCS ni terhadap Adam dan Myra?

1. 2 beradik ni happy giler dan setiap hari tak sabar-sabar nak ke PCS. Semangat betul.

2. Balik dari PCS setiap petang mulut kemain bising cerita apa yang best sangat aktiviti dorang pada hari tu.

3. Melakukan dan menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan dengan cepat dan atas kerelaan sendiri.

4. Paling terharu, Adam & Myra boleh berpidato dengan baik sekali! *Ehem, setiap parents mesti akan impress pada anak masing-masing kan? Dan paling suka juga bila Myra sangat berani dan yakin untuk berpidato di depan ramai orang. Rasa nak menangis masa tengok dia buat pidato tu sebab maknya tahu si Myra ni cemana orangnya. Dan di sebalik dirinya yang kecik, rendang dan comel itu rupa-rupanya ada seekor singa yang selama ini tidur tak bangun-bangun. *Sobs

– Bawah ni video dia. Dalam kelas tu semua umur 7 years old. Ramai yang last minute tak mau buat pidato sebab mungkin malu ataupun takut. (Hey, sape yang berani masa tahun 1? Baru 7 tahun kot. Maknya ni pun tak berani okay. Masa umur 7 tahun masih lagi berkhayal nak jadi pwincess.. *haha).

– Dan malam sebelumnya Adam ngan Myra memang berlatih non-stop di depan maknya yang tengah lipat kain baju. Mak pun komen la mana-mana yang patut. Sambil-sambil tu masukkan elemen-elemen kuasa positif ke dalam minda bawah sedar budak berdua ni seperti..

You CAN Do It Darlings!”..
“Mama yakin sangat esok kakak berani giler buat pidato ni-orang lain tak berani macam kakak-kakak je yang berani”..
“Ya Allahhhh.. Pandainya anak mama… Mama dulu-dulu pun tak macam ni tau.. Mama bannngggggaaaa sangat dengan abang Adam/kakak Myra!”..
“Kakak mesti buat betul-betul dengan semangat tau.. Sebab mama nak ambik video ni.. Kenangan kakak bila dah besar nanti.. Mesti best!”.. 

Gitu mak dia komen positif giler-giler kat anak-anaknya.. *Hihi..

Alhamdulillah. Memang berbaloi rasanya. InsyaAllah selepas ni akan hantar lagi. Jadi siapa-siapa nak bagi anak-anak pengalaman baru bolehlah siap sedia hantar pada waktu cuti yang akan datang.

Segala info boleh la klik sekali lagi kat Program Cuti Sekolah ini. (Berapa hari, venue kat mana, fees berapa, etc).

Atau untuk cerita yang lebih detail boleh juga baca kat blog my other half mengenai PCS ni (suamiku menulis dengan sangat detail dan teliti tau). Siap ada Part 1 dan Part 2 lagi.

So, setakat ini je sharing saya mengenai Program Cuti Sekolah kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua!

* Ai kasik 5 bintang juga untuk PCS AMPAC! Yeay!

 linchalo.com

 

2 responses to “Program Cuti Sekolah AMPAC Memang Osem!”

  1. ctfand says:

    bagus jugak program macam ni kan. masa anak2 x terbuang..boleh dapat pengalaman baru dan kawan2 baru lagi..

    *terbayang aku cara mu bercakap tu lin..macam di zaman skul dulu2..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *