Lin Chalo
Momster | MommyPreneur | MomBlogRapher
 

Tahun 1998 merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki ke Semenanjung Malaysia ini. Saya datang untuk menyambung studi saya ke peringkat degree di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ~The Garden of Knowledge & Virtue~ MasyaAllah! Di waktu itu saya terlalu muda, innocent, sangat berazam untuk berjaya, comel dan pemalu.
Saya buat pertama kalinya juga mempunyai ramai kawan2 secara tiba2 daripada seluruh negeri di Semenanjung, Sabah & Sarawak (not to mention the foreigners students). Dan saya mempunyai beberapa memori yang tidak manis untuk dikenang, tapi bila dikenang2kan semula itulah antara kenangan manis yang saya tidak boleh lupakan sehingga ke hari ini.

Situasi 1
 
 
Sewaktu saya mengikuti minggu orentasi di Matrikulasi, PJ, saya sangat terkejut apabila beberapa kawan baru yang saya jumpa bertanyakan beberapa soalan2 yang sangat tidak masuk akal yang saya rasa sangat tidak padan dengan tahap IQ mereka yang tinggi. Soalan itu sebenarnya sedikit sebanyak turut ‘mencalar’ hati saya sebagai penduduk Sabah. Apabila saya menyatakan yang saya berasal dari Sabah, mereka dengan tanpa rasa bersalah bertanya adakah ini pertama kali saya datang ke MALAYSIA? (Hello? Jadi Sabah tu apa? Filipina ka??) Dan bukan dia seorang sahaja yang bertanyakan soalan itu, bahkan ada beberapa lagi yang turut mempunyai persepsi yang sama.
Situasi 2
 
Saya juga pernah ditanya oleh seorang kawan saya adakah masih ramai orang di Sabah masih tinggal di atas pokok? Dan saya dengan selamba mengatakan, ‘Ya masih ramai, tapi mereka akan menggunakan lif untuk turun ke bawah’.
Tapi selepas itu saya berasa sangat bersalah kerana mungkin kawan saya itu tadi tidak tahu kasihan dia suasana sebenar di Sabah.
Situasi 3
 
 
Abang kepada seorang kawan saya (Salhah, nama sebenar) pernah bercerita, disebabkan bengang dengan usikan kawan2nya yang selalu mengusik dia dengan mengatakan suasana Sabah yang sangat daif pernah berkata bahawa untuk dia sampai ke pekan, dia perlu bertolak awal 3 hari kerana dia perlu melalui 2 batang sungai, 3 bukit dan kemudian perlu membawa sebilah parang untuk menebas2 rumput yang menghalang perjalanannya ke pekan. *Haha* Dan itu telah menyebabkan kawan2nya tidak pernah lagi mengusik mengenai Sabah kepada abangnya.
Situasi 4
 
 
Sewaktu menghadiri perkahwinan adik lelaki saya di Perak, MC yang menyambut kedatangan kami telah mengatakan dengan tanpa rasa bersalah “Selamat datang ke Malaysia pada rombongan pihak lelaki” dan itu telah membuatkan saya berbisik dalam hati ‘Kami juga orang Malaysia!’. Tapi sekurang2nya dia bukan pelajar IPTA dan tidak mengapalah kerana dia mungkin tidak tahu yang Tunku Abdul Rahman telah menggabungkan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu 48 tahun yang lalu melalui Gagasan Malaysianya!
Walau bagaimanapun, itu semua tetap menjadi kenangan pada saya yang berasal daripada Sabah. Sabah adalah satu negeri yang cantik. Punya etnik yang berbeza. Namun pesan saya, kita semua rakyat Malaysia.
Mungkin anda juga pernah mengalami pengalaman yang sama??

7 responses to ““Excuse Me.. I am Malaysian Too””

  1. he3…. memang terbaik la.. “sabah ni dalam malaysia jugak k.”

  2. MyLittleMomo says:

    hahahaa..lucu2, tapi mmg “kerap” terjadi… memang terbaik dari kakakku. Harap2 kasi panjang siiiiiiikit lagi tu entry..bg lagi banyak2 contoh. best pula di baca..hahaha..

  3. aku pun sukaa..;))..cecite cecite panjang sikit..hehe..

  4. Fyda Noh says:

    Masa belajar dulu, saya pun pandang serong kat sabah. Tapi, ada sorang kawan dari sabah alahai sosialnya mengalahkan orang kl. bila datang sendiri baru tau macam mana. tp kadang2 tersasul juga bila nak balik semenanjung cakap nak balik malaysia. maklumlah kena pakai paspot
    Fyda Noh baru je tulis entri best ni, KLIK tau 🙂 4 Cara Wanita Mengatasi Stress, Elak Muka Jadi Macam Hantu Kak LimahMy Profile

  5. Niza Yusof says:

    haha..maafkanlah MC tue.. seronok baca tau…
    Niza Yusof baru je tulis entri best ni, KLIK tau 🙂 Cara Atasi Gigitan Nyamuk Segera Dengan Herbal Blend !!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge