Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Tips & Tricks

7 Cara Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

7 Cara Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Semasa kita hamil, antara perkara yang paling kita excited nak tahu adalah jantina bayi kan? KakLin nak share beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk mengesan jantina bayi ni. Tapi untuk suka-suka je tau. Sebab di akhir nanti semuanya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa untuk menentukannya. Tak kisah la jantina apa pun yang penting sihat walafiat kan? 🙂

Jom kita lihat:

1- Uji Urin Menggunakan Baking Soda

Ujian Kehamilan Baking Soda

– Dalam ujian ini, kita cuma perlukan urin ibu dan juga sesudu baking soda. Kita nak uji tahap keasidan pH kencing si ibu. Campurkan sesudu baking soda ke dalam urin. Sekiranya ia menghasilkan buih yang banyak, insyaAllah jantina bayi anda ialah lelaki. Tetapi sekiranya tidak ada apa-apa tindakbalas, dikatakan bayi tersebut adalah perempuan.

2- Benang dan Cincin

mengesan jantina anak dalam kandungan

– Yang ini memang macam tak masuk akal. Tapi KakLin percaya ramai juga yang buat kan? LOL. Ok, caranya simple je. Ambik benang dan ikat cincin mommies. Lepas tu pegang di atas perut mama mengandung. Kalau cincin tu muka bergerak membentuk bulatan maka jantina bayi tu adalah perempuan. Tapi kalau cincin tu bergerak ke depan dan belakang, maka kemungkinan besar si manja adalah bayi lelaki! Eh, ingat.. ini untuk suka-suka je tau. 😀

3- Degupan Jantung Bayi

– Kalau mommies pergi buat check-up kat klinik, cuba tanya nurse berapa bacaan degupan bayi. Kalau di bawah 140, katanya adalah baby boy, tapi kalau di atas 140? Haa.. dah tau kan jawapannya.. Mommies bakal mendapat baby gegirl 😀

4- Bentuk Perut Mama

– Biasanya orang tua-tua terror bab ni. Sekali dorang tengok perut mak buyung dorang dah tau anak lelaki atau perempuan berdasarkan bentuk perut je.

– Kesimpulannya, kalau bulat – anak perempuan, kalau sedikit lonjong ke depan – anak lelaki 😀

5- Cravings Ataupun Mengidam

mengidam makanan manis

– Yang ini sangat tepat untuk diri KakLin. Dalam kesemua pregnancies sebelum ni semuanya tepat.

– Cuba mommies tanya diri sendiri. Suka mengindam yang manis-manis ke? Atau suka yang masin-masin ke? Haa.. kalau mommies suka sangat yang manis-manis.. insyaAllah yang keluar nanti pasti si gadis cilik yang manis.. Dan kalau suka yang masin.. kemungkinan besar yang keluar nanti adalah si hero yang hensem! 😀

6- Morning Sickness

Bagi mommies yang mengalami morning sickness di awal kehamilan, besar kemungkinan akan melahirkan baby girl. Kalau baby boy pula, sebaliknya. Tapi rasanya lain orang, lain alahannya. Macam KakLin alhamdulillah kesemua kehamilan KakLin tak mengalami morning sickness.

<< Khas Untuk Ibu Hamil >>

7- Meneka Jantita Bayi Menggunakan ‘Kalender Cina’

Yang ini macam 99% tepat. Dikatakan kalender ni ditemui di dalam kuburan salah seorang kerabat diraja Cina zaman dahulu kala. KakLin dah test guna kiraan ni. Suprisingly, kesemua jantina anak-anak KakLin yang DAH lahir semuanya tepat. Wallahu A’lam.

Ok, di bawah ni jadualnya.

kalender jantina cina

Eh? Macam confuse je, macam tak betul je, macam geram je. LOL. Ok, mehlah KakLin tolong. Kesian pula terkial-kial nak kira kan. Tak payah susah-susah fikir cuma masukkan je details yang diperlukan kat Ramalan Jantina Anak Mengikut Kalender Cina Kuno ni.

Ehh! Sebelum excited nak klik tu, KakLin nak pesan sekali lagi. Semua ni hanyalah tekaan sahaja ya. Macam KakLin tulis kat atas, 2 kali KakLin ulang, benda ni cuma untuk suka-suka je. Apa-apapun, kita kena letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Ok, tu je perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat untuk semua bakal-bakal mama dan papa. 🙂

[pullquote]Jangan lupa tekan butang SHARE di bawah sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat untuk sahabat & saudara anda. :)
Mudah-mudahan anda juga mendapat pahala berkongsi ilmu ini. Thanks!  
[/pullquote]

{ Set Mama Hamil & Berpantang }
KLIK untuk info lanjut

set berpantang

 

Artikel berkaitan

8 Comments

  • Reply Azza

    As salam sis..nak tanye pasal calendar cina tu hihi..time zone tu mcm mane ye sis?klu mcm kita malaysia gmt tapi xde pulak dlm list.. 😅

    10 January 2016 at 4:36 pm
  • Reply marlin

    Assalamualaikum nak tumpang tanya..
    Baking soda tu mcm mna ya..

    Nak cmpur kan soda dan baking powder ka?

    Soda bikarbonat boleh guna ka?

    19 April 2016 at 7:02 am
  • Reply Ros

    boleh cuba check untuk suka-suka. 🙂
    Ros baru menulis mengenai…Resepi Nasi Goreng Simple Yang Anak Kecil Pun Boleh MakanMy Profile

    27 September 2016 at 11:37 pm
  • Reply Mira azni

    Salam…
    Sis,sy konfius skit ngn maksud bulan trkonsepsi brhubung cara nk tau gender baby kt kalendar cina tu..tunjuk ajar bleh

    17 December 2016 at 11:01 pm
    • Reply LinChalo

      Tak faham soalan sis 🙂

      23 December 2016 at 4:50 pm
  • Reply Sharifah Fadzilah

    Bulan terkonsepsi maksudnya : awak punya last period bulan berapa dan tarikh terkonsepsi tu hari pertama period pd bulan yg last awak dpt period tu.

    Contoh saya last dtg 5/11/2017

    14 January 2017 at 8:05 am
  • Reply hamraa

    salam sis,
    sy dh try guna soda bikarbonat.hasil dia ada buih2 y sikit je..so baby sy boy or girl?

    12 February 2017 at 3:07 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error: Buat apa tu? :)