Blogspot/Blogger Atau WordPress? Tolong, Saya Tak Tahu Nak Pilih Mana Satu!

9

Bismillah.

blogspot atau wordpress
Okay kali ni nak tulis mengenai perbezaan di antara blogspot dan juga wordpress. Sebab ramai yang confuse tak tau nak mulakan blog dengan blogspot atau wordpress.

Jangan risau, benda ni simple je. Saya akan cuba terangkan mengenai kedua-dua platform yang berbeza dengan menggunakan anologi yang mudah.

Ok now, bayangkan blogspot dan wordpress ni adalah ‘rumah’ ya.

1. Blogspot PERCUMA, WordPress BERBAYAR

Bila kita nak tulis blog, kita kene cari ‘rumah’ tempat untuk kita menulis. Ramai orang bermula dengan blogspot sebab blogspot ni percuma.

Kita tak perlu nak bayar apa-apa untuk menggunakan blogspot. Tapi kalau kita gunakan wordpress (read: bukan wordpress.com), kita perlu untuk membayar sejumlah duit untuk tinggal di ‘rumah’ ni.

Dalam bahasa mudahnya, kita ‘tumpang rumah orang lain’ sekiranya menggunakan blogspot. Tapi kalau kita guna wordpress, kita mempunyai ‘rumah sendiri’.

2. Alamat URL Blog Yang Berbeza

Apa tu URL? Dalam bahasa mudahnya, URL adalah alamat untuk blog kita. Macam rumah juga, setiap rumah mempunyai alamat yang berbeza-beza.

Tetapi, bagi pengguna blogspot, alamat URL blog anda akan ‘menumpang’ nama blogspot. Contohnya, http://www.iniblogsaya.blogspot.com. Yelah macam yang saya cerita di point no 1 tadi – anda ‘menumpang rumah orang lain’.

Kalau wordpress pula berbeza, URL blog anda seperti ini; http://www.iniblogsaya.com. Ini rumah anda sendiri, jadi tiada nama blogspot dalam alamat URL anda.

3. Widget, Plugin & Template

Bagi pengguna blogspot, widget yang sedia ada adalah limited. Template untuk blogspot juga limited. Paling mudah nak faham, bila kita ‘tumpang rumah orang lain’, kita tak boleh nak renovate atau hias lebih-lebih kan? Apa yang tuan rumah dah sediakan, kita guna je yang ada. Begitu juga dengan blogspot.

Tapi berbeza dengan pengguna wordpress. Anda mempunyai pilihan yang sangat banyak untuk plugin. Pilihan template juga sangat banyak. Anda bebas untuk buat renovate dan mendeko rumah anda sesuka hati. 🙂

4. Ownership & Security

Apabila saya terangkan mengenai hal sekuriti dan hak milik dengan kawan-kawan saya, paling mudah saya gambarkan dengan analogi ini.

Kalau anda menumpang kat rumah orang, bila-bila masa je anda boleh dihalau keluar daripada rumah tu (saya refer kepada blogspot).

Tapi kalau rumah sendiri (iaitu wordpress), anda akan sentiasa memiliki rumah tu selagi anda tetap membayar housing loan anda tanpa culas.

Risiko pengguna blogspot untuk kehilangan blog dengan tiba-tiba juga ada. Semua possibility tu ada.

Berbeza dengan wordpress, blog anda tetap ada kemungkinan untuk diserang oleh hackers, tetapi anda boleh memasang plugin yang membantu menjaga blog anda, dan anda juga boleh restore semula blog anda.

5. WordPress Nampak Lebih Professional

Secara peribadi, blog yang menggunakan alamat URL sendiri (read: .com, .my, .net, .biz dan lain-lain) kelihatan lebih professional dan reliable.

blogspot atau wordpress
Jadi ini adalah antara pros & cons di antara wordpress dan blogspot. Bagi saya, takde salah pun nak pilih antara kedua-dua platform ni. Bagi beginner kalau nak bermula dengan blogspot pun takde masalah.

Saya sendiri pun bermula dengan blogspot dan sampai sekarang saya masih mempunyai blog yang menggunakan blogspot ni. Tapi bila dah lama dalam dunia blogging ni saya dah buat dua lagi blog yang menggunakan wordpress. Salah satunya blog ini lah.

Anda boleh klik untuk melihat perbezaan antara kedua-duanya.

Yang paling penting dalam dunia blogging adalah konsisten untuk menulis dan berusaha menulis artikel yang berkualiti. Dan jangan suka copy paste artikel orang lain ya.. Content is king! 😀

Selamat berblogging gais!

Xoxo,

linchalo.com

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood

Discussion9 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge