Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Blog

Anak Kidal. Ini Yang Ibu Bapa Mesti Tahu Mengenai Anak Bertangan Kidal

anak tangan kidal

Anakku Si Tangan Kidal

anak tangan kidal

Dalam keluarga kecil KakLin, anak ketiga KakLin si Hannah bertangan kidal. Sekarang dia dah berusia 5 tahun. KakLin suami isteri takde yang kidal. Jadi kidalnya itu tidak diwarisi dari kami berdua. Mungkin dari nenek moyangnya.. LOL

Sebenarnya, tangan kidal ni kita boleh detect semenjak anak kita masih kecil. Perhatikan tangan apa yang mereka selalu gunakan ketika bermain, ketika mencapai objek, ketika makan dan sebagainya.

Mulanya KakLin rasa mempunyai tangan kidal bukanlah masalah yang besar. Tetapi semakin Hannah membesar, rupa-rupanya selama ini dia terpaksa menghadapi dunia yang menggunakan right-handed dengan sedikit kepayahan.

1- Makan Dengan Tangan Kiri

Setiap kali makan dia kerap tertukar menggunakan tangan kiri. Walaupun dah ditegur banyak kali, tanpa dia sedar dia akan (tertukar semula) menggunakan tangan kirinya. Sebab tangan kirinya dominan. Jadi kita perlu bersabar. Tegurlah banyak kali sehingga dia ingat. Alhamdulillah, sekarang dia dah tak keliru dan menggunakan tangan kanan sepenuhnya ketika makan 🙂

2- Salam Menggunakan Tangan Kiri

Jangan marah anak ini kalau dia selalu menghulurkan tangan kirinya semasa mahu bersalam dengan orang lain. Ingatkan dia baik-baik. Agak sukar bagi dia untuk membezakan penggunaan tangan mana yang appropriate dalam satu-satu keadaan.

3- Mirror Writing & Tulisan Yang Comot

Selain tu, bila Hannah menulis, kadang-kadang dia akan menulis secara terbalik. Ataupun mirror writing. Tapi KakLin tak terfikir pun sebab tangan kidal dia tulis terbalik sehinggalah KakLin terbaca kat internet yang mostly anak kidal akan menulis secara terbalik pada awalnya. Tapi jangan risau, perkara ni boleh diatasi – cuma kita perlu monitor sahaja.

tangan kidal tulis terbalik

Selain itu, tulisannya mungkin tidak kemas. Dan kadang-kadang dia akan menulis huruf dari kanan ke kiri. Jangan risau atau jangan cuba betulkan mengikut cara si tangan kanan menulis. Biarkan sahaja sebab cara menulis huruf yang ada hari ini memang dah didesign untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Jadi kalau anak anda lebih selesa menulis huruf dari kanan ke kiri dulu biarkan je.. yang penting dia selesa!

4- Susah Menggunakan Alat Yang Dicipta Khas Untuk Tangan Kanan

Sebelum ada anak kidal, KakLin tak perasan pun yang kebanyakan alat-alat yang digunakan sehari-harian dicipta untuk tangan kanan. Lepas dah ada Hannah, baru tahu yang mostly alat-alat ni memang susah hendak digunakan oleh si kidal.

Contohnya ialah gunting. Anak-anak kidal memerlukan gunting khas untuk tangan kidal. Mereka tak sesuai menggunakan gunting biasa kerana ianya didesign khas untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Masalah berlaku apabila anak kidal cuba menggunakan gunting tu. Memang agak kekok dan sangat tak membantu anak-anak kidal ni.

Apa Yang Kita Boleh Lakukan?

1- Cuba Fahami Anak Tangan Kidal

Letakkan diri kita di ‘kasut’ mereka. Apabila mereka menghadapi sedikit kekeliruan dalam penggunaan tangan yang sesuai untuk satu-satu aktiviti atau keadaan, lebih mudah untuk kita menegur mereka dengan lemah lembut. Empati sangat penting supaya kita tidak merasakan yang anak bertangan kidal ‘sengaja’ ataupun ‘berpura-pura’ tidak ingat apa yang kita sudah pesan pada mereka sebelum ini.

Just imagine, bagaimana kalau tiba-tiba kita yang selama ini menggunakan tangan kanan terpaksa menggunakan tangan kiri kita dalam semua aktiviti seharian?

2- Cuba Usahakan Untuk Mencari ‘Peralatan Tangan Kidal’

Seperti yang KakLin tulis sebelum ni, cuba mudahkan kerja mereka dengan mencari alat-alat yang sesuai untuk tangan kidal. Gunting untuk tangan kidal, pensel warna untuk tangan kidal (pensel warna berbentuk 3 segi sangat sesuai untuk tangan kidal sebab gripnya lebih baik) dan sebagainya.


gunting untuk tangan kidal
pensel si kidalSemua ni boleh beli kat pasaraya dan kedai buku.

3- Anak Tangan Kidal Istimewa – Bukan Kekurangan

Jangan anggap anak ini pelik ataupun menyusahkan. Yang penting bantu anak bertangan kidal ini untuk adapt dengan keadaan sekeliling mereka dengan baik. Lef-handed is genius okay! 🙂

Kelebihan Anak Kidal

tangan kidal

Masa ni si Hannah genap 4 tahun

Tapi di sebalik semua tu, KakLin memang perasan Hannah mempunyai kelebihan berbanding adik beradiknya yang lain.

– Berbanding kakak dan abangnya, Hannah lebih kemas bila mewarna, lebih teliti, lebih pandai melukis dan sebagainya (pada tahap umurnya). Hannah juga lebih cermat dan suka mengemas. *amboi, pakej menantu terbaik ni.. haha

tangan kidal cantum warna

– Masa mula-mula dia pandai mewarna, dia suka cantum-cantumkan warna tu.. contohnya kalau dia nak warnakan buah epal, dia akan mix kan warna tu.. hijau sikit, pastu sambung merah sikit, kuning sikit.. gittew.. kreatif kan? 😀

tangan kidal kreatif

– Dia boleh berfikir di luar kotak. Contohnya macam gambar atas ni. Dia boleh buat baju si Anna Frozen ni dengan menggunakan kertas. Mula-mula KakLin rasa biasa, tapi bila abang dan kakaknya balik dari sekolah – mereka rasa terkejut sebab Hannah boleh buat macam tu. Dan mereka kata – mereka pun tak terfikir akan hal tu. Masa ni barulah KakLin perasan – eh.. betullah.. huhu

– Hannah suka bantu saya mengemas dan rajin menyusun atur barang-barang dalam rumah. Walaupun kerjanya kurang kemas (yelah.. budak kecik kan.. hihi) tapi dia memang rajin 😀

– Paling menarik, ramai orang kenamaan dan hebat-hebat di dunia ini bertangan kidal. Mungkin kebetulan. 🙂

Antaranya,

– Saidina Umar al-Khattab
– Albert Einstein, Isaac Newton, Charles Darwin, Benjamin Franklin
– George H.W. Bush, Bill Clinton, Barack Obama
– Joan of Arc, Alexander the Great, Julius Caesar
– Napoléon Bonaparte, King Louis XVI, Queen Victoria
– Prince Charles, Prince William, Henry Ford
– David Letterman, Kurt Cobain, Phil Collins
– Michelangelo, Leonardo da Vinci, Amitabh Bachchan
– Tom Cruise, Angelina Jolie, Nicole Kidman
– Marilyn Monroe, Sarah Jessica Parker, Keanu Reeves
– Oprah Winfrey, Bruce Willis

Ramai lagi sebenarnya tapi yang atas tu yang KakLin familiar.

** Oh ya, hari tu KakLin & Hannah dijemput untuk ke rancangan Feminin TV1. Slot khas untuk orang kidal tau. Memang seronok dan tak sangka sebab bersama dengan 2 jemputan hebat yang lain iaitu Dr Fadzilah Khamsah dan juga Man Kidal. Best! 😀

Sebenarnya bukan kebetulan pun, tapi disebabkan tangan kidal ni otak kanan lebih dominan. Macam yang ditunjukkan di bawah ni.. Jadi tak hairanlah mereka ni lebih kreatif dan genius! 😀

tangan kidal

Jadi kalau ada anak yang bertangan kidal, raikan & bantu mereka okay. Sebab bukan mudah sebenarnya untuk hidup di dunia tangan kanan.. 😀

Owh ya! Hari ini 13 Ogos 2015 adalah hari tangan sedunia.

Selamat Hari Tangan Kiri Sedunia Genius!! 😀

sweetbonda

 


VITAMIN UNTUK ANAK

vitamin untuk anak

Checklist Tahap Kesihatan Anak:

(√) Kerap demam
(√) Kerap selesema
(√) Kerap batuk
(√) Kerap semput
(√) Alahan/Alergi

Setiap bulan mesti habiskan duit ke klinik je.
Malangnya sentiasa mendapat ubat yang sama & tahap kesihatan anak masih tak berubah.

Penat. Letih. EL. Stress.

Kenapa anda tak berusaha untuk membina kesihatan anak anda?
Sekiranya anak kurang sakit, hati lebih tenang & anak lebih ceria.

Hubungi kami untuk info lebih lanjut.
{ KakLin 014-3386810 }


Artikel berkaitan

54 Comments

  • Reply Travelog Siti

    Saya pun kidal jugak. Memang jenis tulis terbalik ataupun senget. Zaman belajar dulu, kalau tulis straight habislah tangan kotor, maklumlah pakai pensil kan. Nak tak nak kena tulis samada terbalik atau sengetkan kertas supaya tangan tak kotor atau kena dakwat. Sampai ke tua ni pun, style macam tu jugalah saya menulis. Lagi satu, bab nak guna sudu. Punyalah susah nak suap guna tangan kanan.. tapi lama kelamaan alhamdulillah boleh makan guna sudu dgn tangan kanan hehe
    Travelog Siti baru menulis mengenai…27 Jam di IstanbulMy Profile

    13 August 2015 at 3:56 am
  • Reply maz

    Saya kidal dan anak sy no 3 pun kidal.. peturun mama dia kot.. ada geng hihi.
    kalo pakai sudu selalu terguna tgn kiri. Bila ingt cepat2 tukar tgn kanan..
    time study dulu prob kalo kena guna meja yg kena selak2 tu huhu.. kena duduk senget baru boleh menulis.
    kadang tu ambil 2 seat terus. Satu unt duduk n satu lg utk menulis..
    rindu zaman study dulu..

    13 August 2015 at 12:00 pm
    • Reply yuni

      saya pun kidal jugak.. kalau makan menggunakan pisau dan garfu selalu terbalik. Disebabkan orang kidal ni berfikiran kreatif dan berfikir luar kotak alhamdulillah.. saya berjaya menjadi graphic designer.

      13 August 2015 at 1:37 pm
    • Reply LinChalo

      Haa maz.. terbayang anak ni nanti meja selak tu nanti cemana la agaknya ye.. dan kidal mesti selesa duduk paling kiri kan.. supaya tangan tak tersiku kawan sebelah 😀
      LinChalo baru menulis mengenai…Rahsia Ibu Ini Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Sebanyak 20kgMy Profile

      13 August 2015 at 6:11 pm
  • Reply YOORIN

    anak saya Irine tak nampak lagi dia akan kidal atau tangan..sebab nampak kadang2 tangan kanan, kadang kadang kiri.. bagi pen pon dia boleh tulis 2-2 tangan..huhuhu..tu yang kompius..
    YOORIN baru menulis mengenai…Sebab Kenapa Dubai Antara tempat Yang Menarik Di duniaMy Profile

    13 August 2015 at 12:40 pm
  • Reply nila anggraini

    Anak sulong saya juga kidal, memang agak susah untuk membiasakannya melakukan kegiatan dengan tangan kanan. Seperti makan dan bersalaman. Pasal tulisan terbalik balik tu memang betul. Kerana anak saya selalu buat demikian. Sekarang usianya 5 tahun. Rania ikut papanya kidal.
    nila anggraini baru menulis mengenai…Mudahnya Untuk Kilatkan Sudu Dan Garpu Di RumahMy Profile

    13 August 2015 at 4:23 pm
  • Reply sal89

    Fmly sume tngn kanan tp ank dara sy yg sorng nie tngn kiri…sprti yg s tlis 100% smue perwatakan ank sy sme ngn hanna…

    13 August 2015 at 7:24 pm
  • Reply leyha

    Sy pun juga salah seorang anak kidal. Malah dalam adik beradik saya, tiga orang tangan kidal termasuk saya. Dan unik berkongsi bulan kelahiran yang sama ! Hehe. Ibu bapa saya dan saudara mara tidak seorang pun bertangan kidal. Ya saya akui, seperti akak cerita tentang anak akak bertangan kidal agak sukar menggunakan barang orang kanan dan agak berbahaya skill guna tu. dan sebab ‘rare’ tu mmg agak menakutkan orang lain bila tengok sy buat kerja kerja teknikal. Macam mengetuk mengimpal. Heheh. Tapi, lama lama okay walau terpaksa kreatif juga heheh. Tak apalah walau terpaksa sengetkan tangan nak menulis. Apapun happy lefthanded day ! Sy bersyukur bertangan kidal :)) walau selalu juga lukaluka heheh

    13 August 2015 at 11:16 pm
  • Reply Ummainayi

    Terhibur baca artikel ni..hihi. Saya dulu kalau ambil lauk tangan kiri mesti tangan kena pap! Last2 tiap kali nak makan belek dulu lengan, lengan kiri ada parut, kanan ada tahi lalat.. Bila dah besar pun still confius kiri kanan, paling fail bila di suruh tunjuk arah jalan. Habis terbalik… Masa drive pun macam tu, kena request orang buat signal guna tangan.. Pasrah je family saya melayan kerenah saya.

    14 August 2015 at 4:49 am
    • Reply Sue

      hihi..sebijik macam saya… saya sampai sekarang, pakai sudu mesti tangan kiri..kalau gune tgn kanan, rasa macam nak tumpah….. anak dua orng, yang sulung kelihatan kidal… anak ke dua pun, nampak lebih penggunaan tgn kiri… huhu….. Kalau pakai pemotong buah yang standard tu, kena kupas dari bawah ke atas….. hihi….

      14 August 2015 at 11:09 am
    • Reply LinChalo

      Ummainayi,

      Owh! Thanks for sharing. Lepas ni kene sedia la si Hannah ni besar esok tak boleh jadi ‘co pilot’ bila drive ke tempat pertama kali pergi.. hehe..

      Untunglaa ada parut dengan tahi lalat tu.. hihi
      LinChalo baru menulis mengenai…Anak Kidal. Ini Yang Ibu Bapa Mesti Tahu Mengenai Anak Bertangan KidalMy Profile

      15 August 2015 at 1:11 am
  • Reply azline ishak

    Assalam Lin,
    Kak Line pun kidal..mmg rasa dh kepayahan bila guna gunting masa kecik2 dlu, pembuka tin yg mcm dolu2 tu nak guna pun payah (almaklum ai org 70an) so selalu kalau buka tin mmg mengelat minta mak je buka..alasan LECEH! AHHAHA!
    Dalam keluarga mmg kak line sorang je kidal. Bila dah kawin pun mama nye je kidal.
    Anak2 semua masa kecik mcm nak mengkidal tapi cepat2 tukar bg biasa guna tgn kanan…lama2 x de sorang pun yg kidal. Kidal mmg unik tapi kesian pd drg nnt payah..sbb dalam islam pun tak galakkan guna tgn kiri kesian masa drg kena adjust blk tu kan.
    Anyway gud sharing Lin..take care!
    Wassalam.

    14 August 2015 at 6:49 am
    • Reply LinChalo

      Wslm kak Line,

      Thanks untuk sharing 🙂

      Aah betul memang sangat menduga kesabaran part makan guna tangan kiri tu.
      Slowly but surely akan guna tangan kanan nanti < ---- part ni je yang waibulgunnah 'paksa' ajar anak guna tangan kanan - sebab tuntutan dalam Islam. Lain-lain shud b no problem.. 😀 LinChalo baru menulis mengenai…My Sacred Journey – Umrah [Part 1]My Profile

      15 August 2015 at 1:16 am
  • Reply mazura

    salam…kita same saya n suami xkidal tp anak sulong kidal…betol tulisan xkemas berbanding si adik tp istimewanya dia pandai melukis n mewarna dgn kemas…..setiap kali peperiksaan subjek seni akan dpt A

    14 August 2015 at 9:25 am
  • Reply jaja

    Anak sy no.3 pun kidal…. umur 3 thn bln 11 nie… waris ayah sy…. mmg istimewa… bijak… suka pd buku dr mainan… ckp x pelat… lncr & jelas… suka buat lawak…. mmg suka membantu…. terutamanya bab sidai kain & susun kain dlm almari…. soo cute…

    14 August 2015 at 12:31 pm
  • Reply Syahrul

    Assalam.. Sy left handed dan makan pakai sudu kalau pakai tgn kanan mmg kelaut . smpai skrg . ape ape pon sy mmg konfius mase skolah tadika dulu . tulis tebalik . dan sy rse kiri tu kanan . haha

    14 August 2015 at 5:37 pm
  • Reply ila

    Sye pun kidal. Mkan belah kanan tu pun sebab cikgu saya tegur depan kwan2 time kecik2. Bab gunting tu memang betul. Sampaikan nk tolong mak buat kerja kt dapur pun, mak x bgi risau tgok cara sya pegang pisau. Tiap hari ade luka kt tngn even pegang kertas. Skrg dh kurang luka.seminggu 1-2 kali kot. Smpai 1 thap mak ckp kne cari kedai khas untuk tngn kiri.
    Tulisan memang x cantik. Smpai nangis2 kne mrah ngn cikgu tulisan x cantik. Still mencari kedai khas untuk lefthand. Nk bukak kedai x mmpu. Sekarang cikgu x boleh marah sye dh. 😂😂😂😂😂😝Sebab sye dh jadi cikgu.

    14 August 2015 at 6:00 pm
  • Reply Ava

    Saya half kidal. Tulis, main badminton/tenis, pegang gunting, potong bawang/sayur semua kiri.

    Tapi kalau kupas kulit mangga, makan, angkat barang berat kebanyakannya kanan.

    Lagi pelik, kalau kira kekuatan, kanan saya lebih kuat dari kiri, dan saya main bola guna kaki kanan. Kaki kiri lemah sangat. Haha.

    15 August 2015 at 1:52 am
  • Reply fuzy

    Info sgt berguna…sebab saya ada anak umur 3tahun mmg tulis dan Buat kerja tgn kiri…. Rasanya kidal la…. Byk ilmu manfaat dlm article ni…

    Nak kena get ready…
    fuzy baru menulis mengenai…Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika MengandungMy Profile

    16 August 2015 at 12:51 am
  • Reply Aya Chalo

    Faeq pun kidal. Ya laa.. Baru perasan dia suka creative. Walaupun tulisan dia comot, tp dia suka main dgn kertas. Bukan utk menulis, tp dia buat mask (ironman katanya), pedang, boat, aeroplane.. Dia jg selalu tanya soalan2 pelik2 (kekadang tidak terfikir pun).. Harap2 besar nanti jadi anak yg hebat seperti Saidina Umar dan genius mcm AE. Saya bangga ada anak kidal 😀
    Aya Chalo baru menulis mengenai…Rahsia Mengatasi Masalah Anemia Sebulan Sebelum BersalinMy Profile

    20 September 2015 at 9:00 pm
  • Reply Najihah Abdul Mutalib

    Bagus artikel ni..akak pun tgn kidal waktu buat kerja2 rumah kecuali menulis dan makan pandai pula guna tgn kanan..pegang gunting, pisau memang suka guna tgn kiri..
    Najihah Abdul Mutalib baru menulis mengenai…6 Tips Semulajadi Untuk Memperolehi Anak PerempuanMy Profile

    21 September 2015 at 11:27 am
  • Reply zaleha

    so cute!
    walaupun setakat ni xbrapa obvious sgt Auni (my 2nd child-2 years) macam kidal, tapi bila tiap kali dia nak suap guna tgn kiri tu… memang byk kali juga kami tegur.
    btw, saya ada abang yang memang left-handed. Tulisan dia cantik sangat 🙂
    anyway, artikel ni memang ohsem untuk rujukan semua orang bagi memahami dunia si tangan kidal.
    zaleha baru menulis mengenai…Cara Cuci Mekap Terutama Untuk Pengantin Supaya Kulit Lebih Bersih & SihatMy Profile

    21 September 2015 at 3:21 pm
  • Reply josephine

    saya pun mempunyai seorg ank tangan kidal, sebelah mak ada yg kidal, tapi kami adik beradik tiada yang kidal…
    memang betul ank yg kidal sangat istimewa, anak sya pandai melukis gambar yg ada dalam buku tanpa tekap. tapi bab makan memang x ble nak tukar, tetap jg guna kiri 🙂

    21 September 2015 at 5:00 pm
  • Reply Noriza Rahman

    Anak kedua saya pun gifted dengan tangan kidal lebih dominan..memang susah bila dia nk makan tu..asyik lupa tangan mana bila nak makan…hihi
    Noriza Rahman baru menulis mengenai…Membuat Persediaan Untuk Hamil Dengan Multivitamin?My Profile

    22 September 2015 at 2:22 pm
  • Reply ros

    anak-anak Ros kecil lagi. Teruja juga nak tahu diorg kidal ke tak.
    ros baru menulis mengenai…7 Tips and Tricks Cara Simpan Susu Ibu Yang Pasti Memudahkan Kerja IbuMy Profile

    23 September 2015 at 7:37 am
  • Reply si kidal

    sye pun kidal.. semua benda guna tangan kiri, cuma mkn pakai tangan jek tngan kanan ,,huhu mmg susah nk cri barang yg dicipta untuk tangan kiri,,stress

    23 September 2015 at 9:48 am
  • Reply Rusnah

    Assalamualaikum lin..
    Kakk pun mahu bkongsi punya suami n anak boy kedua ..kidal.

    Mmg btul apa yg lin tulis..masa.awal tadika tulisan anak ni kdg terbalik..nmun smakin lama bransur semakin baik dan baik.. apa yg pentg kita kena support.

    Pasal tools tuk kidal ni mmg payah..he he..
    Stiap kali mghadapi situasi sulit d rmh atau sek…mmg kita kena bantu tuk memudahkan mrk spt time memotong buah2/kek dll..atau semasa menulis pada meja sek. Yg mana pljr duduk sebelah btangan kanan..kena tukar position..klu x tangan mrk akan blaga..
    Guru kelas pun kata anak ni sgt kreatif dan mpunyai daya imaginasi tinggi..
    Mcm suami jglah mmg mahir.bab2 mlukis/menconteng/melakar.
    Namun yg pliknya lgi..anak ni bkn saja kreatif tp sgt pantas dlm ilmu maths..alhamdulillah
    ..anak ni jg jenis yg lbh cenderung indoor game..klu outdoor games mmg ktinggaln dgn abg atau adik dia..mmg mcm tu ka tangan kidal..
    Bab

    13 October 2015 at 4:32 pm
  • Reply fiza

    assalam..Bila baca artikel ni rsa bsalah kat ank sulong sya, umur 5 thn..sya n suami tngan knan..anak sya tngan kiri..suka tulis tbalik,lambat ingat bla ajar ssuaitu bnda,suka lupa,tulisan x elok..dlu warna x elok skrng dah ok..tpi suka susun brang main,bear..suka main kertas,suka mwarna n mlukis..suka cipta bnda kdng2 beg platik d jdikn topi,baju,kain,sluar..suka tnya mcm2..skrng bru fham knapa dia ssh ingat,tulis n warna..sya ingatkn anak sya bmasalah dlm plajaran slama ni..thanks sis info bguna bgi Kami mama papa yg tngan knan ni..

    17 November 2015 at 4:01 pm
  • Reply titan

    tangan kanan dominan. tapi leh guna tangan kiri walaupun tak sehebat tangan kanan.

    kaki pun sama.

    leh train sebenarnya.

    tapi, ofkos, dominan tetap terbaik.
    titan baru menulis mengenai…Azam saya nak ada DUA kerja pada tahun ini.My Profile

    8 January 2016 at 1:22 am
  • Reply azhar

    Anak ketiga saya juga bertangan kidal. memang kreatif bebenar dalam lukisan, mewarna dan juga tak ketiinggalan dalam rekacipta. Dengan sekelompok lego pelbagai bentuk dan warna , dia telah menyiapkan hampir 50 jenis rekabentuk saperti bangunan, robot pelbagai rupa , kenderaan terutama star wars….

    Dia juga gemar membantu isteri saya di dapur terutama bila isteri saya buat kuih. Masa nak raya, dia yang sibuk nak isi beras dalam kelongsong ketupat…

    Oh ye… anak saya ni lelaki sekarang berusia 11 tahun…..

    21 January 2016 at 12:56 pm
  • Reply Alan

    Salam..

    Saya anak no.3 juga kebetulan kidal juga..
    Saya share skit pengalaman sy survive dlm dunia right handed..sampai saya pun dh comfuse sy tgn kidal ke x..

    Zaman kanak-kanak mmg x best bg saya. Sehingga nk tulis…nk gunting…dan pelbagai brg mmg byk right handed yg punya..

    Minta anak akak praktis..ckp ngn dia..anak akak genius..boleh control kiri dan kanan..
    Saya byk lalui benda2 x best contohnya masa di sekolah..sy x dibenarkan memasuki pertandingan menembak..saya amat kecewa hanya kerana sy kidal..nmpk cm penjenayah cara menembaknya..

    Dari situ sy byk praktis..slow2..alhamdulillah..
    Sy boleh menulis kiri dan kanan..bersukan guna kiri dan kanan kaki dan tgn..

    Genius dan kreatif utk anak puan..

    20 April 2016 at 8:56 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Buat apa tu? :)