Kekal bertenaga, sihat & berseri walaupun semakin berusia

Cantik & Sihat

Berkongsi resepi masakan, kisah travel & aktiviti kekeluargaan

Personal

Kisah bagaimana saya membina bisnes Shaklee semenjak 2012

Bisnes Shaklee

Tips & Tricks

5 Tips Nak Buat Anak Tak Sabar Bawa Bekal Ke Sekolah

bekal anak ke sekolah

Tips Buat Anak Tak Sabar Nak Bawak Bekal Ke Sekolah

Hari ni nak share tips yang boleh digunakan untuk buat anak tak sabar-sabar nak bawak bekal ke sekolah. Anak-anak KakLin memang bawak bekal ke sekolah kecuali hari Rabu (hari kurrikulum), hari yang cik M datang menggoda KakLin ataupun hari-hari yang anak ada event kat sekolah.

bekal anak ke sekolah

KakLin memang bekerja dari rumah dik, tapi jangan tak tau lebih ramai mak-mak bekerja di luar sana yang lagi gigih dan sabar daripada KakLin dalam menyediakan bekal anak-anak ke sekolah tau. Siap ada yang buat bento comel dan lawa-lawa lagi. Kreatif dan sabar sangat. Tapi KakLin tiada semua itu. KakLin memang sangat salute ibu-ibu yang sabar ni. 🙂

Sebenarnya nak bagi anak suka untuk bawak bekal ke sekolah akak mencabar. Lebih-lebih lagi anak yang baru masuk sekolah (Tahun 1). Jadi ini ada beberpa tips yang KakLin harap dapat membantu ataupun dapat memberikan idea buat mak-mak yang hadapi masalah ni.

1- Masakkan Lauk Kegemaran

– Mulakan dengan menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Contohnya mihun ke, spagetti ke, ayam goreng ke.. dan sebagainya.. Bila kita masakkan makanan kegemaran mereka.. Anak-anak pasti tak sabar nak tunggu waktu rehat 🙂

2- Belikan Bekas Makanan Yang Mereka Suka

– Apa kata ajak anak-anak ke kedai dan minta mereka pilih bekas makanan yang mereka suka. Dengan cara ini mereka lebih gembira dan lebih bersemangat nak bawa bekal ke sekolah. Tapi sebagai mak kita kene pastikanlah bekas makanan tu mudah untuk digunakan dan mempunyai ciri-ciri bekas makanan yang baik. Kalau ada compartment lebih baik sebab mudah kita nak asingkan makanan nanti.

3- Selitkan ‘Nota Cinta’

– Antara yang menyebabkan anak dara KakLin tak sabar-sabar nak bawa bekal ke sekolah bila dia tak sabar-sabar nak tahu apa yang mama dia ni selitkan dalam bekal dia. Yang ni memang seronok tau.. Tulis je apa-apa yang menggembirakan hati anak-anak.. Walaupun simple tapi both sides akan gembira.. Kita boleh tunjukkan kasih sayang kita macam ni.. Dan jangan terkejut kalau si anak akan membalas nota cinta kita tu.. Nanti kita pula yang excited lebih.. *haha

(Sesuai untuk anak yang dah pandai membaca sahaja ya 😀 )

4- Letak ‘Jajan’

– Ehem, yang ini maybe sensitif sikit. Sebab ada certain parents memang tak beri anak langsung makan jajan ni. Tapi KakLin bagi juga sikit. Sebab reason paling simple – kesian kat anak bila dia tengok kawan-kawan dia makan jajan kat sekolah. Sebab KakLin tak nak dorang beli jajan kat sekolah (sebab kita tak tahu apa yang akan dorang beli dan berapa banyak pula yang dia akan beli) jadi KakLin decide untuk beli something sweet. Tapi yang bestnya, kadang-kadang bila dah kenyang dorang tak makan pun jajan tu.. oh ya.. sebab KakLin bekalkan buah sekali.. 🙂

5- Pelbagaikan Jenis Buah

– Buah adalah ‘jajan’ yang terbaik buat anak – sebab kandungan gula semulajadinya boleh memuaskan keinginan anak-anak yang suka pada makanan manis-manis. Pelbagaikan jenis buah buat anak. Antaranya, buah oren, buah anggur, buah lai, apple dan sebagainya.

Tips:

– Kalau takut tak sempat nak masak pagi-pagi, boleh simpan sikit lauk makan malam untuk anak bawak ke sekolah.
– Anak yang dah biasa bawa bekal ke sekolah, cenderung untuk memilih membawa bekal dari membeli makanan di kantin. Buktinya, anak-anak KakLin lebih suka membawa bekal. 

Okay. Inilah antara tips yang KakLin buat untuk pikat hati anak-anak bawa bekal ke sekolah. Harap dapat memberikan sedikit semangat buat mak-mak di luar sana! 😀

Xoxo,
sweetbonda

 


Anak-anak dalam fasa membesar dan banyak melakukan aktiviti luar akan terdedah kepada ramai orang (kawan-kawan dan guru-guru).

Pastikan mereka mendapat khasiat makanan yang seimbang dan kalau perlu jangan lupa untuk membina kesihatan dan tingkatkan imunisasi mereka melalui vitamin & mineral yang berkualiti.

Info lanjut 0143386810 🙂

vitamin untuk anak

Artikel berkaitan

12 Comments

  • Reply Ros

    Best tips kaklin ni. Nak cuba lah nanti
    Ros baru menulis mengenai…Kebaikan Mandi Daun Selepas Bersalin Untuk Segarkan DiriMy Profile

    12 August 2015 at 8:17 am
  • Reply Lin Chalo

    Cuba tau.. Kalau ada tips best-best lagi boleh share sini 🙂
    Lin Chalo baru menulis mengenai…Tips Anak Bersiap Cepat Ke Sekolah Setiap Hari Tanpa Mengada-Ngada di Awal PagiMy Profile

    12 August 2015 at 10:40 am
  • Reply yoorin

    irine pon baru setahun lebih..kalau yoorin gorengkan fries je pon dia dah wow! hahaha..belum lg buat mcm ni.. best kalau anak2 pandai appreciate apa kita buat dan masakkan
    yoorin baru menulis mengenai…Giveaway 1.0 by Hernee NazirMy Profile

    28 August 2015 at 5:24 pm
  • Reply zaleha

    tips yang best.
    tgh usha2 juga tips macam ni sebab tahun depan dah akan ada anak skolah darjah 1.
    zaleha baru menulis mengenai…10 Punca Kenapa Shaklee Tidak Berkesan? Sia-sia Je Ambik Kalau Tak Tahu Ni!My Profile

    21 September 2015 at 3:25 pm
  • Reply ain

    ya allah , bestnyaa. macam gini mesti lagi excited budakbudak nak makan.
    ain yg tgk pun rasa excited.

    6 January 2016 at 1:55 pm
  • Reply titan

    emm..

    anak dah besaq nanti, memang nak pesan kat bini sediakan bekal untuk anak.

    lebih bersih dan lebih perisa kasih sayang.
    titan baru menulis mengenai…Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?My Profile

    6 January 2016 at 10:31 pm
  • Reply hawa

    Seronoknya..bekal tu satu. Nota cinta tu yang penting. Kalau anak lelaki tulis nota gini dia ok tak kak? Hihi. Nak try nanti.
    hawa baru menulis mengenai…10 Kemudahan Yang Akan Menarik Minat Wanita Muslimah Untuk Ke GimnasiumMy Profile

    16 March 2016 at 11:38 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Buat apa tu? :)